maksud ayat al quran

Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu semua di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling TAKWA dikalangan kamu.

Tuesday, September 5, 2023

 Assalamualaikum.  

akhukum fillah semua.

Hidup satu perjalanan . Perjalanan yang penuh dengan dugaan dan cabaran .  Tetapi perjalanan kita ini menjadi mudah sekiranya kita dapat membaca dan meneliti serta memahami kehidupan contoh generasi yang hebat yang merupakan sebaik baik kurun. Generasi sahabat yang bersama Rasulullah s.a.w.

Jom kita membaca sirah nabi Muhammad s.a.w.

Jom kita membaca hadis 40 al imam an- Nawawi atau Riadhus solihin .

Jom kita mulai menjinakkan diri dengan Al Quran.  Dengan belajar membaca dengan bacaan yang betul. Meneliti maksud dan terjemahan nya. cuba mencari keajaiban yang tersembunyi dalam ayat ayat Kalam Allah yang sungguh meyakinkan kita tentang hari kebangkitan semula . Balasan baik datau azab siksa samaada di dunia mahu pun di akhirat sebagai hari pembalasan .

Wah!. Mungkin  ramai juga sudah lama tidak membuka lembaran al Quran. Kenapa ya ? .

Eh... Mungkin  juga ada yang jarang membaca al Quran . Bak kata orang tak kenal tak cinta . Begitulah agaknya dengan Al Quran . Semua orang tidak menafikan bahawa mukjizat Al Quran  tiada bandingan dulu kini dan selama lamanya.

Semoga coretan in membuatkan kita terangsang untuk mula menggemari atau cinta Al Quran dan membacanya sebagai satu keseronkkan dan rindu Al quran.

Benarlah kata Rasulullah s.a.w. yang bermaksud.

Sebaik baik kamu adalah seseorang yang belajar al Quran dan mengajarkannya. 

Semoga sedikit coretan ini akan memberi manfaat kepada saya dan juga tuan puan untuk lebih yakin  dengan janji Allah s.w.t dan janji rasulullah s.a.w.

Selamat menuntut ilmu , selamat beramal dan istiqamah dengan kebaikkan .

Jadikan diri kita sentiasa beristiqfar . bertaubat terhadap salah silap kita selama ini.

Tambahkan  amal soleh dan basahkan mulut dengan zikrullah.

Rabbuna Yusahhil. Amiin