maksud ayat al quran

Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu semua di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling TAKWA dikalangan kamu.

Friday, August 27, 2010

KEMANISAN IMAN

Malaysia sebuah negara yang dilimpahi dengan pelbagai ni'mat dan rahmat  anugerahan Ilahi . Lihatlah sebagai contoh , buah-buahan  sahaja terdiri dari pelbagai rupa dan rasa . Sepatutnya semua manusia yang ada di bumi ini patut bersyukur , beriman dan beramal dengan tuntutan Allah serta  mengikut petunjuk rasul Nya . Tak ada manusia yang ego dan bangga diri , dialah yang kuat , dialah yang hebat . Semua yang hebat akan kembali pada Allah s.w.t. Dalam hal inilah Nabi kita Muhammad s.a.w  memberitahu  manuasia. bahawa ada  TIGA GOLONGAN manusia  yang akan merasai nikmat ini. :-   1.Seseorang yang meletakkan Cinta  kepada Allah dan rasul mengatasi segala-galanya. 2. Seseorang yang tidak kasih @ sayang kepada seseorang  melainkan hanya kerana Allah  .3. Seseorang yang benci  kepada kekufuran ( setelah Allah selamatkannya ) seperti dia benci untuk dicampakkan dalam api neraka. Maksud Hadis. Oleh itu marilah kita berganding bahu sama sama menyemarakkan iman dan takwa di bumi kita Malaysia tercinta. Marilah kita mempertingkatkan kefahaman Islam Iman  Ihsan  dan seterusnya ikhlas untuk membina takwa agar terpahat di hati kita semua .