maksud ayat al quran

Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu semua di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling TAKWA dikalangan kamu.

Friday, August 27, 2010

KEMANISAN IMAN

Malaysia sebuah negara yang dilimpahi dengan pelbagai ni'mat dan rahmat  anugerahan Ilahi . Lihatlah sebagai contoh , buah-buahan  sahaja terdiri dari pelbagai rupa dan rasa . Sepatutnya semua manusia yang ada di bumi ini patut bersyukur , beriman dan beramal dengan tuntutan Allah serta  mengikut petunjuk rasul Nya . Tak ada manusia yang ego dan bangga diri , dialah yang kuat , dialah yang hebat . Semua yang hebat akan kembali pada Allah s.w.t. Dalam hal inilah Nabi kita Muhammad s.a.w  memberitahu  manuasia. bahawa ada  TIGA GOLONGAN manusia  yang akan merasai nikmat ini. :-   1.Seseorang yang meletakkan Cinta  kepada Allah dan rasul mengatasi segala-galanya. 2. Seseorang yang tidak kasih @ sayang kepada seseorang  melainkan hanya kerana Allah  .3. Seseorang yang benci  kepada kekufuran ( setelah Allah selamatkannya ) seperti dia benci untuk dicampakkan dalam api neraka. Maksud Hadis. Oleh itu marilah kita berganding bahu sama sama menyemarakkan iman dan takwa di bumi kita Malaysia tercinta. Marilah kita mempertingkatkan kefahaman Islam Iman  Ihsan  dan seterusnya ikhlas untuk membina takwa agar terpahat di hati kita semua .

3 comments:

  1. Masya Allah ! tiga golongan yang mendapat kemanisan iman . Manis buah kita tahu , manis iman bagaimana ya ...
    1. Mendahuluikan Allah dan Rasul dalam semua kerja buat kita. Masalah politik ke. masalah sosial ke , ibadah ke , akhlak dan tingkahlaku ke semuanya kita mestilah ambil dari sumber yang satu iaitu daripada ucapan syahadah kita . Ucapan islam dua kalimah syahadah kita .jangan dakwa saja ikut Islam tapi tak mahu ikut Al Quran dan tak mahu beramal dengan islam.

    ReplyDelete
  2. 2.Sayang atau kasih seseorang kerana Allah s.w.t. tu bagaimana pula agaknya . Ramai manusia di dunia ni yang kita jumpa ialah orang yang ada kepentingan duniawi saja . Peluang berkenalan itu digunakan untuk mengambil kesempatan saja . Baik dia tu ada makna... Masa senang saja nampak dia dan bila tiba masa susah dia dah tak ada . bila dah dapat apa yang dia hendak dia pun hilang. Jadi kalau nak dapat kemanisan iman ni , Mestilah istiqamah beramal , perlu ada pengorbanan serta sabar hanya kerana Allah saja. sebagai contoh , Sayang ibubapa kerana Allah , sayang isteri kerana Allah , sayang anak kerana Allah , sayang pelajar pun kerana Allah iaitu unyuk didik mereka supaya menjadi orang cemerlang dan berguna untuk agama bangsa dan negara .Mencari Reda Allah untuk selamatkan kita semua dari azab api neraka.

    ReplyDelete
  3. 3. Seseorang yang benci kepada kekufuran seperti dia benci untuk dicampakkan dalam api neraka. Ya akhi Mukmin billah . Jauhilah diri dari sebarang bentuk kekufuran . Kufur tu maknanya ingkar @ tak patuh @ tak taat Allah dan Rasul terang terangan ke , sembunyi-sembunyi ke akan dihumban dalam api neraka . Ketahuilah bahawa api di dunia yang kita saksikan itu hanyalah satu bahagian dari 70 bahagian yang ada di Neraka . Ya Allah, Selamatkan kami semua dari api neraka Mu . Marilah kita jadikan topik perbualan kita untuk saling nasihat menasihati bagi mencapai tahap keimanan yang sepatutnya hingga kita dapat rasai kemanisan Iman ini. Aamin

    ReplyDelete