maksud ayat al quran

Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu semua di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling TAKWA dikalangan kamu.

Sunday, January 16, 2011

Tazkirah 5M ( Peringatan ) - Berfaedah untuk orang yang beriman.

Hari ini ana berpeluang berada dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Firdaus . Wah ! Satu peringatan yang cukup bermakna untuk ana dan pelajar SMKAKA. Bagi mengingatkan ana agar tidak lupa maka di sini ana lakarkan semula buat renungan ana dan kawan-kawan peringatan tersebut.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat  yang menceritakan ciri-ciri orang bertakwa, Antaranya ialah :  1. Orang-orang yang beriman dengan perkara ghaib. spt.  Adanya Allah, Malaikat, Syurga, Neraka, jin, iblis dll.  2. Orang-orang yang mendirikan solat .3. Orang yang menginfakkan sebahgian harta yang Allah berikan kepadanya. 4. Orang yang beriman dengan Al-Quran dan kitab yang diturunkan sebelum nabi kita.  5. Orang yang yakin dengan adanya hari Akhirat ( Hari Pembalasan ) .
Untuk menjaga ketakwaan kita kepada Allah, sentiasa kita diberi peringatan bahkan setiap kali khutbah jumuat kita mendengar  " ittaqullah haqqu tuqatih"- maknanya bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.  Untuk menjaga takwa ini maka kita perlu lakukan beberapa perkara iaitu :
1.Muraqabatullah - Merasakan kita di lihat Allah setiap saat . Dengan cara ini dapat menjauhkan kita dari melakukan sebarang kejahatan . Jika ingin juga lakukan kejahatan maka carilah tempat yang Allah tak nampak kita . Sedangkan sifat Allah " Basir" Maha melihat.
2.Muhasabah - Perlu ada masa untuk kita muhasabah diri , supaya kehidupan kita akan bertambah baik, perlu kita lihat untung rugi dalam amalan kita sebelum kita bertemu Allah nanti. Mati adalah satu kemestian bagi yang hidup. Perbanyakkan Istiqhfar (mohon anpun kepada Allah). Rasulullah sendiri lebih dari 70 kali istiqhfar setiap hari sedangkan rasulullah terpelihara dari dosa (Maksum).
3.Mu'aqabah - Perlu denda diri sendiri agar kita tidak lagi melakukan maksiat dan dosa spt. banyakkan puasa sunat, solat malam, zikir maksurat harian, solat dhuha, sedekah dll.
4.Mujahadah - Berjihat melawan tuntutan nafsu syahawat dengan pelbagai cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah. Melawan nafsu dalam diri spt sifat malas membaca  buku, melambat-lambatkan solat fardu, ganggu kawan belajar dll.
5.Mulazamah - Istiqamah dalam melakukan taat, sentiasa buat kebaikkan, sentiasa mendengar tazkirah, sentiasa hidupkan budaya sihat,suka berbuat kebaikkan, jauhi kawan yang tak baik, sentiasa nasihat menasihati @ amal makruf nahi mungkar.
Sekiranya kita bertakwa kepada Allah , hati kita akan menjadi tenang dan sentiasa dalam peliharaan Allah. maka pembelajaran kita pun akan baik meningkat dan cemerlang dunia akhirat. jzkk.
16.1.2011

1 comment:

  1. Mengulangi bacaan itu juga boleh menambahkan ingatan dan boleh mengukuhkan amalan dan takwa kita..Ya... memang benar dengan nasihat sekali belum tentu ingat tapi kali kedua nasihat kita dengar sudah boleh ingat dan kita dapat menceritan pula pada orang lain... jadi eloklah kita ualangi baca dan dengar perkataan atau nasihat yang baik , yang boleh memberikan pertambahan keimanan kita.

    ReplyDelete