Assalamu'alaikum.
Ahlan wasahlan ya Ramadhon 1446H bersamaan 2025MSemoga kedatangan Ramadhon tahun ini memberikan banyak kelebihan dari tahun sebelumnya. Ya semua orang merasai bahawa masa belalu begitu cepat sekali. Kini kita sudah berada di ambang Ramadhan , mungkin esok atau lusa kita akan memulakan puasa Ramadhan .
Ya Allah ,
Berkatilah kami di bulan Syakban dan ketemukan kami Ya Aallah dengan Ramadhan 1446H . sesungguhnya kami mengharapkan Anugerah yang melimpah dari Mu ya Allah sepertinmana yang kamu janjikan melalui rasul utusan Mu yang mulia Nabi muhammad s.a.w. Kami bermuhasabah diri dan berazam untuk lakukan yang terbaik di dalam Ramadhan kali ini dengan izin Mu .
Ya Allah ,
Ya Allah ,
Bantulah kami untuk melakukan kebaikkan dan berikan Taufik dan Hidayah MU kepada kami yang lemah ini agar dapat kami lakukan kebaikkan dan berjaya serta mendapat keredaan Mu didunia dan akhirat.
Ya Allah ,
Ya Allah ,
Ketemukan kami dengan malam yang terbaik dan limpahan ganjaran iaitu malam Lailatul Qadar dan permudahkan kami untuk melakukan amalan kebaikkan di bulan Ramadhon nanti dengan penuh keredhoan dan kesungguhan . Rasulullah s.a.w berpesan agar memulakan amal dengan niat dan setiap amalan mestilah dengan niat yang betul atau apa yang di niatkan dan amal yang betul menepati syariat Allah dan lakukan dengan sungguh sungguh.
Ya Allah,
Bantulah Mujahidin Mujahidat yang berjuang di Gazzah dan seluruh bumi Palestin untuk membebaskan negara mereka , membebaskan Masjidil Aqsa dari cengkaman Yahudi zionist laknatullah. Supaya mereka dapat menegakkan agama Mu ya Allah . Bantulah mujahidin dan mujahidat yang berjuang di seluruh pelusuk dunia walaupun di mana mereka berada .
Amiin . Ya Rabbal 'aalamin.
Ya Allah ,
Ampunkan segala dosa kami , dosa kedua ibubapa kami , orang yang terdekat dengan kami, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yg masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Salawat dan salam kepada nabi dan rasul utusan Mu Muhammad s.a.w . salawat yang sempurna , seluruh ahli keluarganya, sahabat sahabatnya dan pengikut pengikutnya hinggalah ke hari qiamat . aamin ya Rabbal 'Aalamin.
DUNGUN TERENGGANU
28.2.2025 .
No comments:
Post a Comment