maksud ayat al quran

Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu semua di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling TAKWA dikalangan kamu.

Friday, February 28, 2025

  Assalamu'alaikum.

    Ahlan wasahlan ya Ramadhon 1446H bersamaan 2025M
Semoga kedatangan Ramadhon tahun ini memberikan banyak kelebihan dari tahun sebelumnya. Ya semua orang merasai  bahawa masa belalu begitu cepat sekali. Kini kita sudah berada di ambang Ramadhan , mungkin esok atau lusa kita akan memulakan puasa Ramadhan .
Ya Allah ,
    Berkatilah kami di bulan Syakban dan ketemukan kami Ya Aallah dengan Ramadhan 1446H . sesungguhnya kami mengharapkan Anugerah yang melimpah dari Mu ya Allah sepertinmana yang kamu janjikan melalui rasul utusan Mu yang mulia Nabi muhammad s.a.w.  Kami  bermuhasabah diri dan berazam  untuk lakukan yang terbaik di dalam Ramadhan kali ini dengan izin Mu .
Ya Allah ,
     Bantulah kami untuk melakukan kebaikkan dan berikan Taufik dan Hidayah MU kepada kami yang lemah ini agar dapat kami lakukan kebaikkan dan berjaya  serta mendapat keredaan Mu didunia dan akhirat. 
Ya Allah ,
     Ketemukan kami dengan malam yang terbaik dan limpahan ganjaran iaitu malam Lailatul Qadar dan permudahkan kami untuk melakukan amalan kebaikkan di bulan Ramadhon nanti dengan penuh keredhoan dan kesungguhan . Rasulullah s.a.w berpesan agar memulakan amal dengan niat dan setiap amalan mestilah dengan niat yang betul atau apa yang di niatkan dan amal yang betul menepati syariat Allah dan lakukan dengan sungguh sungguh. 
Ya Allah,
     Bantulah Mujahidin Mujahidat yang berjuang di Gazzah dan seluruh bumi Palestin untuk membebaskan negara mereka , membebaskan Masjidil Aqsa dari cengkaman Yahudi zionist laknatullah. Supaya  mereka dapat menegakkan agama Mu ya Allah .  Bantulah mujahidin dan mujahidat yang berjuang di seluruh pelusuk dunia walaupun di mana mereka berada .
 Amiin . Ya Rabbal 'aalamin. 
 Ya Allah , 
    Ampunkan segala dosa kami , dosa kedua ibubapa kami , orang yang terdekat dengan kami, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yg masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
     Salawat dan salam kepada nabi dan rasul utusan Mu Muhammad s.a.w . salawat yang sempurna , seluruh ahli keluarganya, sahabat sahabatnya dan pengikut pengikutnya hinggalah ke hari qiamat . aamin ya Rabbal 'Aalamin.

DUNGUN TERENGGANU 
28.2.2025 .

Monday, April 8, 2024

 Assalamu'alaikum.

Ahlan wasahlan ya Ramadhon 1445H . bersamaan 2024M
Semoga Ramadhon tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Masa belalu begitu cepat sekali. Kini kita sudah berada di malam terakhir Ramadhan , Malam muhasabah diri dan malam azam baru bagi menjalani sisa sisa umur yang berbaki selepas Ramadhan yang terbaik . Mati tidak mengenal usia .
Ya Allah , bantulah kami untuk melakukan kebaikkan dan berikan kami kejayaan serta mendapat keredaan Mu didunia dan akhirat.
Ya Allah , Pertemukan kami dengan malam Lailatul Qadar dan permudahkan kami untuk melakukan amalan yang terbaik untuk Mu walaupun selepas Ramadhan , 
Ya Allah. Bantulah Mujahidin Mujahidat yang berjuang di Gazzah Palestin untuk membebaskan negara mereka , Masjidil Aqsa dari cengkaman Yahudi zionist laknatullah. Supaya mereka dapat menegakkan agama Mu ya Allah .  Bantulah mujahidin dan mujahidat yang berjuang di seluruh pelusuk dunia walaupun di mana mereka berada . Amiin . Ya Rabbal 'aalamin. 
 Ya Allah , Ampunkan segala dosa kami , dosa ibubapa kami , muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yg masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Tuesday, September 5, 2023

 Assalamualaikum.  

akhukum fillah semua.

Hidup satu perjalanan . Perjalanan yang penuh dengan dugaan dan cabaran .  Tetapi perjalanan kita ini menjadi mudah sekiranya kita dapat membaca dan meneliti serta memahami kehidupan contoh generasi yang hebat yang merupakan sebaik baik kurun. Generasi sahabat yang bersama Rasulullah s.a.w.

Jom kita membaca sirah nabi Muhammad s.a.w.

Jom kita membaca hadis 40 al imam an- Nawawi atau Riadhus solihin .

Jom kita mulai menjinakkan diri dengan Al Quran.  Dengan belajar membaca dengan bacaan yang betul. Meneliti maksud dan terjemahan nya. cuba mencari keajaiban yang tersembunyi dalam ayat ayat Kalam Allah yang sungguh meyakinkan kita tentang hari kebangkitan semula . Balasan baik datau azab siksa samaada di dunia mahu pun di akhirat sebagai hari pembalasan .

Wah!. Mungkin  ramai juga sudah lama tidak membuka lembaran al Quran. Kenapa ya ? .

Eh... Mungkin  juga ada yang jarang membaca al Quran . Bak kata orang tak kenal tak cinta . Begitulah agaknya dengan Al Quran . Semua orang tidak menafikan bahawa mukjizat Al Quran  tiada bandingan dulu kini dan selama lamanya.

Semoga coretan in membuatkan kita terangsang untuk mula menggemari atau cinta Al Quran dan membacanya sebagai satu keseronkkan dan rindu Al quran.

Benarlah kata Rasulullah s.a.w. yang bermaksud.

Sebaik baik kamu adalah seseorang yang belajar al Quran dan mengajarkannya. 

Semoga sedikit coretan ini akan memberi manfaat kepada saya dan juga tuan puan untuk lebih yakin  dengan janji Allah s.w.t dan janji rasulullah s.a.w.

Selamat menuntut ilmu , selamat beramal dan istiqamah dengan kebaikkan .

Jadikan diri kita sentiasa beristiqfar . bertaubat terhadap salah silap kita selama ini.

Tambahkan  amal soleh dan basahkan mulut dengan zikrullah.

Rabbuna Yusahhil. Amiin




Sunday, January 15, 2017

KEYAKINAN PADA ALLAH

Setiap insan boleh berfikir . Tetapi fikirannya sangat terhad kerana ia adalah manusia.
Manusia ciptaan Allah . Ciptaan Allah untuk jadikan manusia tersangat unik . Diberikan ROH atau Nyawa . Adakah  sesiapa boleh mengendalikan nyawa ini . Adakan seorang dengan ROH atau Nyawa dan tiadakan ROH itu kemudian adakan semula ROH atau Nyawa orang yang sama. Tentu tiada seorang yang berani mendakwa sedemikian.

Semua cerita ini dimuatkan dalam AL QURAN  dan tiada sesiapa pun di muka bumi ini berani untuk melawan kenyataan Al Quran. Allahyarham Ahmat Deedat Rahimahullah pernah berdebat dengan orang yang berpengaruh dan hebat dari pelbagai agama . Mereka terpaksa tunduk dengan fakta dan kehebatan Al Quran yang di wahyukan pada Nabi Muhammad s.a.w.  

ISLAM WAY OF LIFE .

Dari mana kita datang  ?
Kemana kita akan pergi ?
Apakah tujuan sebenar kita diadakan di muka bumi ini ?
Adakah kita dijadikan Allah dengan sia sia tanpa apa apa tujuan ?

Kita sangat mengetahui terdapat nabi nabi terdahulu.
Lebih separuh dunia mempunyai agama dari langit dan mengaku ada nabi untuk mereka . hal ini juga dijelaskan dalam Al Quran . Lojiknya dan sememangnya betul bahawa Al Quran ini adalah untuk umat terakhir dan nabi dan utusan Allah  yang terakhir.

Ucapkan " LA ILAHA ILLAL LAH " ."  MUHAMMAD RASULULLAH ". Anda akan berjaya.
Berjaya di dunia dan akhirat . In syaa Allah.

Yakin dengan ALLAH yang inginkan kebaikkan untuk kita semua. Hidup akan jadi tenang .Hati menjadi puas dan redha terhadap pemberian Allah.

Kasih dan sayang Allah pada kita semua terlalu tinggi . Masa diberikan untuk kita bertaubat dari segala kesalahan . Jika buat kesalahan kita akan rasa bersalah. Tetapi Allah sangat luas pengampunan Nya . Taubat dan mohon ampunlah dengan Allah .  Buatlah kebaikkan , sesungguhnya kita akan tenang dan berseronok dan tersenyum melihat kebaikkan yang kita curahkan . Allah sangat sayang kepada kita . Kita juga perlu rasa sayang pada Allah. Kita cuba cintakan Allah nescaya kita dicintai Allah. Hidup kita akan berubah ke arah kebaikkan . in syaa Allah.

Yakin lah pada ALLAH.
Ikutlah cara yang utusan Allah tunjukkan supaya kita menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat. Aamin








Sunday, July 14, 2013

( Projek 3 S ) Dapat membantu anda dengan izin Allah.

Assalamualaikum.
Telah menjadi lumrah hidup dan sunnah alam , manusia tidak boleh hidup bersendirian , begitu juga mereka tidak akan maju kehadapan melainkan setelah mempelajari dan terus mengkaji .Semoga (  Projek 3 S ) Dapat membantu anda dengan izin Allah. kenal dulu sasaran anda . kemudian buat strategi yang bagus. ditambah pula sikap anda yang inginkan kecemerlangan .tanyalah orang mengetahui ... jika anda tidak mengetahuinya. banyakkan buat latihan . berdo'alah pada Allah yang Maha Berkuasa .
Assalamu'alaikum.
Ahlan wasahlan ya Ramadhon 1434H.
Semoga Ramadhon tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
Ya Allah , bantulah kami untuk melakukan kebaikkan dan berikan kami kejayaan dunia dan akhirat.
Ya Allah , Pertemukan kami dengan malam Lailatul Qadar dan permudahkan kami untuk melakukan amalan yang terbaik untuk Mu , Ya Allah. Bantulah Mujahidin Mujahidat yang berjuang untuk menegakkan agama Mu walaupun di mana mereka berada . ya Rabbal 'aalamin.
Amin.

Sunday, January 16, 2011

Tazkirah 5M ( Peringatan ) - Berfaedah untuk orang yang beriman.

Hari ini ana berpeluang berada dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Firdaus . Wah ! Satu peringatan yang cukup bermakna untuk ana dan pelajar SMKAKA. Bagi mengingatkan ana agar tidak lupa maka di sini ana lakarkan semula buat renungan ana dan kawan-kawan peringatan tersebut.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat  yang menceritakan ciri-ciri orang bertakwa, Antaranya ialah :  1. Orang-orang yang beriman dengan perkara ghaib. spt.  Adanya Allah, Malaikat, Syurga, Neraka, jin, iblis dll.  2. Orang-orang yang mendirikan solat .3. Orang yang menginfakkan sebahgian harta yang Allah berikan kepadanya. 4. Orang yang beriman dengan Al-Quran dan kitab yang diturunkan sebelum nabi kita.  5. Orang yang yakin dengan adanya hari Akhirat ( Hari Pembalasan ) .
Untuk menjaga ketakwaan kita kepada Allah, sentiasa kita diberi peringatan bahkan setiap kali khutbah jumuat kita mendengar  " ittaqullah haqqu tuqatih"- maknanya bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.  Untuk menjaga takwa ini maka kita perlu lakukan beberapa perkara iaitu :
1.Muraqabatullah - Merasakan kita di lihat Allah setiap saat . Dengan cara ini dapat menjauhkan kita dari melakukan sebarang kejahatan . Jika ingin juga lakukan kejahatan maka carilah tempat yang Allah tak nampak kita . Sedangkan sifat Allah " Basir" Maha melihat.
2.Muhasabah - Perlu ada masa untuk kita muhasabah diri , supaya kehidupan kita akan bertambah baik, perlu kita lihat untung rugi dalam amalan kita sebelum kita bertemu Allah nanti. Mati adalah satu kemestian bagi yang hidup. Perbanyakkan Istiqhfar (mohon anpun kepada Allah). Rasulullah sendiri lebih dari 70 kali istiqhfar setiap hari sedangkan rasulullah terpelihara dari dosa (Maksum).
3.Mu'aqabah - Perlu denda diri sendiri agar kita tidak lagi melakukan maksiat dan dosa spt. banyakkan puasa sunat, solat malam, zikir maksurat harian, solat dhuha, sedekah dll.
4.Mujahadah - Berjihat melawan tuntutan nafsu syahawat dengan pelbagai cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah. Melawan nafsu dalam diri spt sifat malas membaca  buku, melambat-lambatkan solat fardu, ganggu kawan belajar dll.
5.Mulazamah - Istiqamah dalam melakukan taat, sentiasa buat kebaikkan, sentiasa mendengar tazkirah, sentiasa hidupkan budaya sihat,suka berbuat kebaikkan, jauhi kawan yang tak baik, sentiasa nasihat menasihati @ amal makruf nahi mungkar.
Sekiranya kita bertakwa kepada Allah , hati kita akan menjadi tenang dan sentiasa dalam peliharaan Allah. maka pembelajaran kita pun akan baik meningkat dan cemerlang dunia akhirat. jzkk.
16.1.2011